Saat berganti saat, minit berganti minit. Hari demi hari, minggu terus berlalu, bulan bersilih ganti, dari tahun ke tahun. Bermula sebagai bayi sebesar tapak tangan, saya meningkat menjadi kanak-kanak, masa berlalu pantas dan kini, saya sudah dewasa. Syukur pada Tuhan, saya masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Segala pujian hanya bagi Allah.
Masa terus berjalan samaada kita suka atau tidak, mahu atau tidak. Dan seiring dengan itu, kita juga kian dewasa. Pengalaman yang di lalui mengajar kita makna sebuah kehidupan. Ada masa kita ketawa dan ada masa kita menangis. Ini perencah sebuah kehidupan. Sepanjang perjalanan menuju kedewasaan, ada yang terpaksa kita tinggalkan, ada yang terpaksa kita lupakan, ada yang terpaksa kita abaikan. Dalam mengejar sesuatu, ada masanya kita kehilangan sesuatu yang lain pula. Price to pay. Setiap kejayaan hadir bersama pengorbanan.
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas." [Al-Baqarah:212]

Bukan mudah untuk mudah. Bukan senang untuk senang. Kegemilangan Islam juga memerlukan pengorbanan yang sangat banyak. Telah banyak airmata, keringat dan darah yang tumpah demi menegakkan syiar Islam. Nabi Muhammad saw pernah dicaci di hina namun akhirnya Islam tersebar serata dunia. Alhamdulillah..
Ada masanya saya rindukan zaman kanak-kanak saya. Zaman saya hidup untuk bermain bersama adik-adik dan teman-teman. Saat di mana hidup ini dipenuhi dengan ketawa. Bahagia saja walaupun waktu itu hidup saya sekeluarga agak susah. Mungkin kerana waktu itu, akal masih tidak berapa bijak mentafsir, mungkin waktu itu cara melihat saya adalah berbeza. Dan mungkin juga kerana waktu itu saya belum kenal satu makna "masalah".
Adakah tiada wang sewaktu saya kecil berbeza dengan tiada wang sewaktu saya dewasa? Maka waktu itu walaupun miskin saya masih mampu ketawa? Tidak! Cuma yang berbeza adalah cara saya melihat dan menilai, 180 darjah, tidak lagi sama.

No comments:
Post a Comment