CoMeS To bUdArK JuRuH'S BlOg

Anda DaN AwAk mahu tahu tentang AkU dan SaYa? Sila ikuti blog ini dengan sewajarnya. Ini bUKaN NgEpEnG rAcUN mAmAliA PeRoSaK...iA AdAlAh untuk tontonan umum..(n_n)peace

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 8, 2009

dAkWaH?????aPeR Tu..eEeEEeEeEe..BiSkUt ker

Dakwah ialah gerakan yang dilancarkan untuk mengajak dan menyeru orang ramai kepada agama. Ianya adalah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia untuk mengenali Islam, menerima dan menghayatinya. Perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah iaitu meninta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut pengistilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiyyah mempunyai makna yang tersendiri. Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap yang mana kesemua peringkatnya mengandungi kesemua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup bagi menyingkap jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Hukum dan Dalil-dalil Kewajipan Berdakwah

Antara tuntutan agama yan

g mesti dilaksana

kan oleh setiap orang Islam ialah dakwah. Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia seluruhnya


tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai kewajipan berdakwah antaranya ialah :

1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan

hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah ya

ng lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)

2. Firman Allah s.w.t ya

ng bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka ja

nganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).

3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)

4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang

yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira den

gan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)

5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."

Berdasarkan hadith da

n ayat-ayat di atas, agama Islam adal

ah merupakan nasihat yang disampaikan sesama manusia kerana allah swt. Setelah diteliti segala hujah yang dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang amat besar. Ia ada hubung kait yang rapat dengan matlamat dijadikan manusia. Kalaulah matlamat dijadikan manusia adalah untuk beribadat atau menghambakan diri kepada Allah, maka dakwah merupakan saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas alasan ini dakwah Islamiyyah

merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam. Kewajipan berdakwah adalah menurut keupayaan dan kemampuan

individu dan gerakan dakwah menjadi tanggungjawab semua serta mestilah mendapat kerjasama semua pihak dan tidak ada yang berlepas tangan. Selain itu dakwah mestilah diusahakan secara berterusan, kalau tidak kemurkaan Allah akan menimpa kita semua.


Dengan itu kwajipan berdakwah bukan setakat fardhu ain atau fardhu kifayah, malah lebih daripada itu. As-Sayyid Naufal menjelaskan bahawa baginya tidak ada halangan untuk dikatakan bahawa

hukum dakwah itu kedua-dua sekali fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu fardhu ain kerana

setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas dalam Islam yang menjadi fardhu ain kepada setiap orang Islam. Kerana orang yang jahil tentang Islam ada di mana

-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah.


No comments: