
Sunday, September 20, 2009
SuasNA rAyEr kT UmAh gUe...JoM MAsUk..NgHeHeHe

Saturday, September 19, 2009
AkUe PuNyEr WiNdOw sHoPpInG BaJu rAyEr B4 bAlIk KaMPuNg....
Thursday, September 17, 2009
Tuesday, September 15, 2009
aPaBiLa MaK NyAh dAn PoNdAn bErGaDuH
Friday, September 11, 2009
Thursday, September 10, 2009
ApEr lAgI tTg lAiLAtUl QaDar.......??????
Fadilat Lailatul Qadr
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. - mks. _
Tuesday, September 8, 2009
MaMa.MaK.uMi.iBu.MaMi...aPE lAgI..?
wHaT iS lAiLAtUl QaDr.....HaH???
Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Fokus umat pada malam tersebut
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
MaLaM SeRiBu bUlAn dA NAk SaMPaI DaH........bIlE eK??




dAkWaH?????aPeR Tu..eEeEEeEeEe..BiSkUt ker
pengertian. Antara pengertian dakwah iaitu meninta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut pengistilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiyyah mempunyai makna yang tersendiri. Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap yang mana kesemua peringkatnya mengandungi kesemua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup bagi menyingkap jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.Hukum dan Dalil-dalil Kewajipan Berdakwah
Antara tuntutan agama yan
g mesti dilaksana
kan oleh setiap orang Islam ialah dakwah. Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia seluruhnya

tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai kewajipan berdakwah antaranya ialah :
1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah ya
ng lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)
2. Firman Allah s.w.t ya
ng bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka ja
nganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).
3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)
4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang

yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira den
gan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)
5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."
Berdasarkan hadith da
n ayat-ayat di atas, agama Islam adal
ah merupakan nasihat yang disampaikan sesama manusia kerana allah swt. Setelah diteliti segala hujah yang dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang amat besar. Ia ada hubung kait yang rapat dengan matlamat dijadikan manusia. Kalaulah matlamat dijadikan manusia adalah untuk beribadat atau menghambakan diri kepada Allah, maka dakwah merupakan saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas alasan ini dakwah Islamiyyah

merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam. Kewajipan berdakwah adalah menurut keupayaan dan kemampuan
individu dan gerakan dakwah menjadi tanggungjawab semua serta mestilah mendapat kerjasama semua pihak dan tidak ada yang berlepas tangan. Selain itu dakwah mestilah diusahakan secara berterusan, kalau tidak kemurkaan Allah akan menimpa kita semua.
Dengan itu kwajipan berdakwah bukan setakat fardhu ain atau fardhu kifayah, malah lebih daripada itu. As-Sayyid Naufal menjelaskan bahawa baginya tidak ada halangan untuk dikatakan bahawa

hukum dakwah itu kedua-dua sekali fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu fardhu ain kerana
setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas dalam Islam yang menjadi fardhu ain kepada setiap orang Islam. Kerana orang yang jahil tentang Islam ada di mana
-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah.
Sunday, September 6, 2009
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!
“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih keci
13 tAnDa aNdA TeLaH JaTuH CiNtA
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. .
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Di BuLaN pOsEr SeLAin BaZZaR rAmaDAhan apA LAGi YANg mEnarik UnTuK Di kEtaHui???....
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Qurannjadi satu rakaman sejarah dalam mekehidupan Nabi SAW hingga seterusnya
berperin
gkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau
berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi
SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah pemberi penjelasanan al-Quran itu benar.
Al-Qurab bererti cahaya yang menerangi,
al-Furqaan di antara yang hak dan batil dan al-HAQQ yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
MeRdEkA....mErDeKa....1 MaLaYsIa..
pada saya, jawapannya, biar kita merdeka dari rasa takut dan merdeka dari perampas impian. Biar merdekadi jiwa, juga di minda.Takut yang bagaimana? Taku
t membuat sesuatu kerana tak pasti menjadi ke tidak.Takut adalah perasaan dominan yang menghalang ramai orang berusaha rajin memburu kejayaan. Takut benda tak menjadi, takut gagal dan takut merana.Biasanya merek
a akan memberi komen-komen seperti .."jangan nak mimpilah"
"hmmph, impian konon, boleh tercapai ke?"
Kita perlu merdeka dari rasa takut usaha takmenjadi dan takut usaha keras kita diketawakan orang . Kita perlu bebaskan minda dari semua itu.Merdeka di jiwa merdeka di minda memberi maksud berlainan bagi setiap orang. Bagi saya, maksud kedua-duanya saya da
h kongsikan di atas. Itulah makna merdeka pada diri saya.RaYeR dAh NaK dEkaT.......yAHuUuUu.....

Friday, September 4, 2009
Di sEKolaH RunDah...(1997-2003)

About mee...........
nama diBeri MUHAMMAD SYAFFIQ dan Dbinkan Kepada MD Noor Azman,Kerana abah saya adalah Mohd Noor Azman.Tinggal di Kampung Belukar 18500 Machang,Negeri Tok Guru Nik Aziz(Kelantan).adA sORANG kAK Kak dAn dua Orang Adik..Yang mana Sorang Laki2 n Sorang PomPuan.Skang sy kt Bangi,Stady kat Institut Perguruan Malaysia-Kampus PAI kot.wht ever.
sy bermasTauTin d Blok ibnu abbas di BIlik Klu x silap A319.rOOMate sy Zulkefli..orang Johore..Tp skunk da NK jd Kelantanese dah......








